Wednesday, September 9, 2009

Salam Untuk Semua

Saya mulakan blog ini disebabkan rasa sayang saya pada MALAYSIA dan semua rakyat yang bernaung dibawah satu bendera

Wawasan Rakyat...

Saya percaya setiap orang hanya mahukan yang terbaik bagi diri mereka sahaja kemudian barulah fikirkan orang lain. Apa yang penting perut sendiri, inilah sebabnya kenapa Good Government sukar untuk dilaksanakan dan setiap pihak asyik menyalahkan satu sama lain.

Tujuan blog ini bukanlah untuk menyebelahi mana-mana pihak atau individu. Tiada partisan untuk rakyat, apa yang ada hanyalah satu suara yang inginkan setiap orang mendapat apa yang sepatutnya dan hak mereka tidak diabaikan.

Saya ingin mengajak Malaysian (Rakyat Malaysia yang budiman) agar menjalankan tanggungjawab bukan sahaja untuk diri sendiri bahkan kepada orang lain dengan tidak menunding jari kepada pihak-pihak tertentu sahaja. Yang salah kita betulkan dan yang betul kita laksanakan agar setiap Malaysian akan mendapat manfaat yang adil dan saksama

Bagaimana untuk menyumbang kepada Majmuk (Multi-Racial) Malaysia Makmur?

Disinilah anda sebagai Malaysian yang menentukan agar semua kaum di Malaysia faham apa yang anda rasai sebagai orang Melayu, Cina, India, Sikh, Iban dan Lain2. Dan apa yang menyinggung anda akan menyinggung semua kaum di Malaysia ini.

Suka untuk saya katakan pendapat anda adalah amat dihargai dan dialu-alukan untuk dikemukan disini agar kita sebagai rakyat dapat berkongsi suka-duka menjadi Malaysian

Kata-kata kesat dan cemuhan antara kaum amatlah kurang disenangi disini, kerana ia melambangkan nilai kebodohan seseorang yang mungkin menjatuhkan martabat bangsanya sendiri. Janganlah ibarat kerana "SEEKOR KERBAU BAWA LUMPUR HABIS SATU KAMPUNG TERPALIT".

Disini kita akan membincangkan masalah2 utama di Malaysia dan apa yang Malaysian kini hadapi. Diantaranya sosio-ekonomi, remaja2, dan politik2 tanah air

Malaysia kita
Biarlah kita yang Tentukan.....

No comments: